Tuesday, January 22, 2008

Kembara Fotografi Ke Pulau Ketam - I

TERKEJUT saya bila diberitahu oleh saudara penganjur encik Ian Ahmad a.k.a Republikarya bahawa kembara ini bermula seawal 7 pagi.. Uiihh.. biar betul.. saya gi keja pun pukul 7:30 pagi.. Dan akhirnya saya tiba juga ke tempat perjumpaan pada pukul 8 pagi.. Haha.. Kami berkumpul di Chong Kok Kopitiam, sebuah kedai kopi yang sangat 'old school'-layan beb!-tak hengat..! Memang best..! Dapat minum kopi dengan roti bakar dan nasik lemak.. cukup untuk dijadikan sumber tenaga yang banyak diperlukan nanti.
As u can see.. Its Chong Kok Kopitiam

Wajah-wajah kekenyangan.. ;)

Lepas makan, kami meminta izin dari aunty tauke kedai untuk mengambil gambar suasana di dalam Chong Kok Kopitiam. Lantas dengan senyum meleret, aunty pun jawab.. "Boleh.. Boleh.. Ambil la.." Sungguh sporting aunty itu.. (Saya sangat suka..!) Tapi seperti biasa, tidak banyak gambar best yang saya telah perolehi dek kerana lebih asyik melayan persekitaran dan ragam pelanggan setia di kopitiam ini. Daripada apa yang diceritakan oleh saudara penganjur, kita dapat membezakan diantara pelanggan setia/regular customer dengan pelanggan yang agak kurang setia di Chong Kok Kopitiam ini. Bezanya ialah, pelanggan setia akan disajikan kopi mereka di dalam cawan-cawan antik yang berusia lebih 60 tahun (pada hemah saya, kerana Chong Kok Kopitiam ini sendiri dikatakan telah berusia melebihi 60 tahun). Dan malangnyer.. saya juga terlupa untuk mengambil gambar cawan antik itu.. Namun tidak mengapa.. saya berjanji akan berkunjung semula ke Chong Kok Kopitiam suatu hari nanti, jika diizinkan-Nya..

Uncle yang paling lama dan setia berjasa kepada Chong Kok Kopitiam

Tekun membancuh kopi untuk pelanggan..


Kami seterusnya meninggalkan Chong Kok Kopitiam dengan penuh kepuasan. Puas makan dan puas amek gamba. Kaki dihala ke kawasan sekitar dimana saya sempat melihat satu kawasan yang masih kaya dengan binaan-binaan lama dan antik. Sebelum berangkat ke jeti saya sempat mengambil gambar yang agak kurang bermotif seperti gambar-gambar ini..






Kembara akhirnya diteruskan ke jeti. Bot dengan tambang RM7 sehala dipilih memandangkan tongkang tidak menerima permintaan kami yang cuma berempat untuk menggunakan khidmatnya menyeberang ke Pulau Ketam sana.. tidak mengapa. Masa perjalanan yang diambil dari jeti untuk sampai ke Pulau Ketam ialah lebih kurang 30 minit. Dan akhirnya buat pertama kali saya dapat menjejakkan kaki ke pulau kecil itu.

Jeti

Mencari cacing

Tunggu air pasang..

Pulau Ketam.. Here I come.. (dalam bot ni..)

9 comments:

Anonymous said...

x ajak pun... hihi :p
ian jer y ajak haha..
tp mmg bes lah..
gud work kak farina :D

Anonymous said...

dah semakin menarik ye gambar2 skang nie.. :D

lydiaohlydia said...

len kali nk ikut boleh..sesajer je boleh..nk try cham kt kopitiam tu mantap tak...huhuhu

Putat said...

hampir2 dah nk folo ikut pi pulau ketam tu. kalu tau u ada, sure pegi nyer! hehehe....

bro fuad yang inform. minggu lepas i ada kat KL sampai isnin.

(^_^)

Anonymous said...

a.g : itu la.. saper suh xikut..

aizuddinsaad : terima kasih.. awak juga.. ;)

lydiaohlydia : well.. gal.. shud i say more..?

putat : nasib baik u xikut.. huhu.. ;)

Anonymous said...

farina, this is so nice!

Farina Ariffa said...

thanx zara.. ;)

ian ahmad said...

perghhh..kat mana ni?..gerek siot gambar2 sejak du tiga menjak ni....makin hebat!

Farina Ariffa said...

terima kasih.. kat Pulau Ketam la.. lagi mau tanya.. huhu.. ;)