

Wajah-wajah kekenyangan.. ;)
Lepas makan, kami meminta izin dari aunty tauke kedai untuk mengambil gambar suasana di dalam Chong Kok Kopitiam. Lantas dengan senyum meleret, aunty pun jawab.. "Boleh.. Boleh.. Ambil la.." Sungguh sporting aunty itu.. (Saya sangat suka..!) Tapi seperti biasa, tidak banyak gambar best yang saya telah perolehi dek kerana lebih asyik melayan persekitaran dan ragam pelanggan setia di kopitiam ini. Daripada apa yang diceritakan oleh saudara penganjur, kita dapat membezakan diantara pelanggan setia/regular customer dengan pelanggan yang agak kurang setia di Chong Kok Kopitiam ini. Bezanya ialah, pelanggan setia akan disajikan kopi mereka di dalam cawan-cawan antik yang berusia lebih 60 tahun (pada hemah saya, kerana Chong Kok Kopitiam ini sendiri dikatakan telah berusia melebihi 60 tahun). Dan malangnyer.. saya juga terlupa untuk mengambil gambar cawan antik itu.. Namun tidak mengapa.. saya berjanji akan berkunjung semula ke Chong Kok Kopitiam suatu hari nanti, jika diizinkan-Nya..
Uncle yang paling lama dan setia berjasa kepada Chong Kok Kopitiam
Tekun membancuh kopi untuk pelanggan..
Kami seterusnya meninggalkan Chong Kok Kopitiam dengan penuh kepuasan. Puas makan dan puas amek gamba. Kaki dihala ke kawasan sekitar dimana saya sempat melihat satu kawasan yang masih kaya dengan binaan-binaan lama dan antik. Sebelum berangkat ke jeti saya sempat mengambil gambar yang agak kurang bermotif seperti gambar-gambar ini..
Kembara akhirnya diteruskan ke jeti. Bot dengan tambang RM7 sehala dipilih memandangkan tongkang tidak menerima permintaan kami yang cuma berempat untuk menggunakan khidmatnya menyeberang ke Pulau Ketam sana.. tidak mengapa. Masa perjalanan yang diambil dari jeti untuk sampai ke Pulau Ketam ialah lebih kurang 30 minit. Dan akhirnya buat pertama kali saya dapat menjejakkan kaki ke pulau kecil itu.
Jeti
Mencari cacing
Tunggu air pasang..
Pulau Ketam.. Here I come.. (dalam bot ni..)
Aku Mahu Pulang
Kuih Kapit.. (Betul ke namanyer..?)
Iyer.. MayBank ada disini..
Since 1970
Ambient
Cuci
Cuci Lagi
Masa Untuk Makan.. Tapi sempat lagi snap bila nampak subjek ni..
Penat berjalan, saya cuma mahu pulang.. (didalam bot..)
Sampai sudah di jeti Klang.. Air pun sudah pasang
Akhirnyer.. sunset ini mengisi ruang gambar terakhir saya..
Dah.
I love Green..!!