Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts

Sunday, February 10, 2008

CNY di Melaka


KHAMIS lepas saya, Cikgu SAR, Desired_use, arie_marcello, Reez, Oly dan Zul telah beramai-ramai menuju ke Melaka. Tujuan utama adalah untuk mengambil gambar suasana sambutan Tahun Baru Cina. Namun bukanlah outing namanya sekiranya tidak diselitkan dengan aktiviti-aktiviti 'OT'(Out of Topic) antaranya seperti model shoot (tetiba je semua photog pandai lak bergaya jadik model.. huhu.. buktinyer.. lihat lah gamba di atas.. ;)) dan layan sunset di Pantai Klebang.

Tanpa membuang masa, mari kita lihat gamba-gamba yang telah berjaya saya amek..












Thursday, January 24, 2008

Thaipusam


ONE of my dear photographer friend once said that he refused to get involve in shooting any ritual involving religion. Then i asked him, why? Then he said that its just his principle. Bewildered with his words, i went into a deep thought.

Talking about principle, i have my own little petty opinion which is evaporated from a quote i read. It goes some sort like this.. "Photographers know no language barrier. Because photographers talk in one language. It's Photography language."

For me, religion will not be the barrier to capture the moment. The most important thing is to know who you are and to hold on tight in what u believe. Because i do believe, once belief is formed, it takes a harder effort to change what you believe at the first place.

And this is some of the moment that i managed to capture during my outing with some other photographer friends to Thaipusam Celebration. Enjoy!







Tuesday, January 22, 2008

Kembara Fotografi Ke Pulau Ketam - I

TERKEJUT saya bila diberitahu oleh saudara penganjur encik Ian Ahmad a.k.a Republikarya bahawa kembara ini bermula seawal 7 pagi.. Uiihh.. biar betul.. saya gi keja pun pukul 7:30 pagi.. Dan akhirnya saya tiba juga ke tempat perjumpaan pada pukul 8 pagi.. Haha.. Kami berkumpul di Chong Kok Kopitiam, sebuah kedai kopi yang sangat 'old school'-layan beb!-tak hengat..! Memang best..! Dapat minum kopi dengan roti bakar dan nasik lemak.. cukup untuk dijadikan sumber tenaga yang banyak diperlukan nanti.
As u can see.. Its Chong Kok Kopitiam

Wajah-wajah kekenyangan.. ;)

Lepas makan, kami meminta izin dari aunty tauke kedai untuk mengambil gambar suasana di dalam Chong Kok Kopitiam. Lantas dengan senyum meleret, aunty pun jawab.. "Boleh.. Boleh.. Ambil la.." Sungguh sporting aunty itu.. (Saya sangat suka..!) Tapi seperti biasa, tidak banyak gambar best yang saya telah perolehi dek kerana lebih asyik melayan persekitaran dan ragam pelanggan setia di kopitiam ini. Daripada apa yang diceritakan oleh saudara penganjur, kita dapat membezakan diantara pelanggan setia/regular customer dengan pelanggan yang agak kurang setia di Chong Kok Kopitiam ini. Bezanya ialah, pelanggan setia akan disajikan kopi mereka di dalam cawan-cawan antik yang berusia lebih 60 tahun (pada hemah saya, kerana Chong Kok Kopitiam ini sendiri dikatakan telah berusia melebihi 60 tahun). Dan malangnyer.. saya juga terlupa untuk mengambil gambar cawan antik itu.. Namun tidak mengapa.. saya berjanji akan berkunjung semula ke Chong Kok Kopitiam suatu hari nanti, jika diizinkan-Nya..

Uncle yang paling lama dan setia berjasa kepada Chong Kok Kopitiam

Tekun membancuh kopi untuk pelanggan..


Kami seterusnya meninggalkan Chong Kok Kopitiam dengan penuh kepuasan. Puas makan dan puas amek gamba. Kaki dihala ke kawasan sekitar dimana saya sempat melihat satu kawasan yang masih kaya dengan binaan-binaan lama dan antik. Sebelum berangkat ke jeti saya sempat mengambil gambar yang agak kurang bermotif seperti gambar-gambar ini..






Kembara akhirnya diteruskan ke jeti. Bot dengan tambang RM7 sehala dipilih memandangkan tongkang tidak menerima permintaan kami yang cuma berempat untuk menggunakan khidmatnya menyeberang ke Pulau Ketam sana.. tidak mengapa. Masa perjalanan yang diambil dari jeti untuk sampai ke Pulau Ketam ialah lebih kurang 30 minit. Dan akhirnya buat pertama kali saya dapat menjejakkan kaki ke pulau kecil itu.

Jeti

Mencari cacing

Tunggu air pasang..

Pulau Ketam.. Here I come.. (dalam bot ni..)

Kembara Fotografi Ke Pulau Ketam - II

MARI kita kurangkan teks dan lebihkan gambar.. Ini kerana saya sudah kehabisan idea untuk menyusun ayat-ayat yang senang anda semua fahami kerana saya bukanlah seorang pencerita yang baik.. Di sini.. saya mempersembahkan kepada anda antara gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang berada di Pulau Ketam pada Ahad lalu..

Papan tanda ini menyambut kehadiran kami

Pukat

Duniaku Di Atas Bot

Laju juga..

Langit, Awan dan Laut.. Kombinasi Yang Nyaman..
Agak overexposed.. but i like..! ;)


Aku Mahu Pulang

Kuih Kapit.. (Betul ke namanyer..?)


Iyer.. MayBank ada disini..


Since 1970

Ambient

Cuci

Cuci Lagi

Masa Untuk Makan.. Tapi sempat lagi snap bila nampak subjek ni..


Penat berjalan, saya cuma mahu pulang.. (didalam bot..)

Sampai sudah di jeti Klang.. Air pun sudah pasang

Akhirnyer.. sunset ini mengisi ruang gambar terakhir saya..

Dah.